Pengenalan NILAM

PENGENALAN NILAM

LATAR BELAKANGBudaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikkan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.

Program NILAM

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Matlamat
Matlamat Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SJKC SGBT adalah seiring dengan matlamat di peringkat Kebangsaan iaitu;

•Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
•Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akademik murid-murid dan sekolah.

Objektif 
Objektif Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SJKC SGBT adalah sebagaimana objektif di peringkat kebangsaan. Iaitu sepanjang program NILAM murid-murid akan dapat:

a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat
membaca.

Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca
dan aktiviti berkaitan yang disertai.

Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;

Tahap Jauhari 
•Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
•Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
•Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan
pusat maklumat yang lain.
•Mula dinilai dari Tahun1 hingga Tahun 6.

Tahap Rakan Pembaca
•Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
•Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
•Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
•Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
•Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.

Aktiviti 
Antara aktiviti yang dicadangkan di peringkat RP Pusat Sumber Sekolah SKJC SGBT adalah seperti berikut;

•Bercerita
•Membaca bersama
•Meminjam buku
•Memberi pinjaman buku
•Ulasan Buku
•Ulat Buku
•Jejak Buku
•Khemah Membaca
•Kuiz Pengetahuan
•Pameran Buku

Pengiktirafan
Berhubung pengiktirafan Program NILAM Pusat Sumber Sekolah SJKC SGBT. Murid-murid yang layak akan mendapat:

•Buku Kerja.
•Sijil Anugerah NILAM
•Kad Kemajuan
•Sijil Akuan Sekolah
•Sijil Berhenti Sekolah

Pengiktirafan Tahap Jauhari 

Jumlah Bacaan Pengiktirafan
90 – 180 buah Gangsa
181 – 270 buah Perak
271 – 360 buah Emas
361 ke atas NILAM

Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca

Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing. Program NILAM Tahap Rakan Pembaca peringkat Pusat Sumber Sekolah SJKC SGBT adalah sama dengan pengiktirafan di peringkat kebangsaan.

Markah Pengiktirafan
100-199 Gangsa
200-299 Perak
300-399 Emas
400 ke atas NILAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s